Posts

Puisi 'Penulis'

Image
Aku seorang penulis, aku himpunkan aksara, agar penuh dengan coretan, aku sirami dengan jiwa agar mekar bak mawar, aku bajai dengan rasa, suka duka digaul rata, aku warnai dengan memori, agar berwarna umpama pelangi, mereka mungkin tidak mengerti, memahami atau mengetahui betapa berharganya nukilan ini, ia peneman di kala sunyi, ia pemaut di kala jatuh, ia jantung kepada kami. hidup dan bernyawa

Cerpen : Vanelela's Kingdom

Image
"Darah bersatu dengan amarah, tanpa diduga terpesong arah" Zap! Ez tersenyum. Panahnya tepat mengena target. Panah yang lain ditarik keluar lalu diletakkan di busur sebelum ditarik rapat ke pipi . Baru tangannya ingin melepaskan, matanya terlekat pada seekor burung yang sedang terbang rendah di hadapannya. Hatinya mula mencabar diri supaya menjadikan burung itu sebagai target seterusnya. Barulah dapat menguji tahap kepantasan dan ketepatan diri sendiri.  Menjadi seorang pemanah, perkara yang paling utama adalah kepantasan dan ketepatan. Matanya tajam memerhati pergerakan burung itu. Kelajuan burung itu adalah malar dan mata Ez mula mencari sasaran burung itu ingin tuju. Sel-sel otak mula menghubung. Otak mula mentafsir maklumat. Panah dilepaskan. Dengan kelajuan maksimun panah menerusi udara menuju ke arah dahan yang tidak jauh darinya. Zap! Panah tepat menerusi burung itu seakan tergantung pada dahan pokok itu. Hati mula menyorak dan memuji ke atas keja...