Cerpen : Vanelela's Kingdom



"Darah bersatu dengan amarah, tanpa diduga terpesong arah"
Zap!
Ez tersenyum. Panahnya tepat mengena target. Panah yang lain ditarik keluar lalu diletakkan di busur sebelum ditarik rapat ke pipi.
Baru tangannya ingin melepaskan, matanya terlekat pada seekor burung yang sedang terbang rendah di hadapannya.
Hatinya mula mencabar diri supaya menjadikan burung itu sebagai target seterusnya. Barulah dapat menguji tahap kepantasan dan ketepatan diri sendiri. 
Menjadi seorang pemanah, perkara yang paling utama adalah kepantasan dan ketepatan.
Matanya tajam memerhati pergerakan burung itu. Kelajuan burung itu adalah malar dan mata Ez mula mencari sasaran burung itu ingin tuju. Sel-sel otak mula menghubung. Otak mula mentafsir maklumat.
Panah dilepaskan. Dengan kelajuan maksimun panah menerusi udara menuju ke arah dahan yang tidak jauh darinya.
Zap!
Panah tepat menerusi burung itu seakan tergantung pada dahan pokok itu. Hati mula menyorak dan memuji ke atas kejayaan Ez. Biarlah orang lain kata, seperti angkat bakul sendiri. Hello!  Kita naik lift pun kita sendiri yang tekan butang.
"Tuanku!! " Ez menoleh ke belakang. Pegawai raja berdiri tegak di hadapan puteri Kerajaan Venanela,Puteri Eyzie.
Ez mengangkat keningnya sebelah agar pegawai raja itu meneruskan katanya. Busur diletakkan di sisinya.
Pegawai raja mengangkat hormat. "Junjung kasih kepada tuanku, patik ke sini membawa berita tentang kedatangan Putera Daniel, Putera Kerajaan Vampire "
Muka Ez mula berubah bengis "Apa kedatangan Si Pembunuh itu ke  sini? !" Nafas Ez mula berombak laju. Wajah yang dibenci berani menampilkan diri setelah bertahun lamanya keluarga vampire tidak menjejak kaki ke sini.
"Putera Daniel ingin bertemu menghadap Tuanku, junjung patik menurut perintah " pegawai raja menundukkan wajahnya. Semua warga Venanela sedia maklum tentang panas baran yang diwarisi oleh Puteri Eyzie dari ayahandanya, Tuanku Mulia Ezmir Shah.
Ez terdiam lama. Rengusan kasar dilepaskan. "Bawa beta bertemu Si Pembunuh itu."
Putera Daniel. Lelaki yang dicintainya satu ketika dahulu. Bersulam cinta bertahun lamanya. Namun disebabkan satu insiden, cinta mula bertukar benci. Sayang yang dihulurkan selama ini adalah sampah. Tidak disangka lelaki yang sanggup dia berikan seluruh hatinya adalah musuh dalam selimut.
"Puteri Eyzie, Puteri Kerajaann Venanela. Wajahmu masih tiada cacat cela walaupun bertahun lamanya kita tidak bertemu. "  satu suara menegur sebaik sahaja Ez memasuki ruang menghadap.
Ez memandang si empu suara. Suara itu masih sama. Suara yang sama membisik kalimah cinta yang mampu mengetarkan setiap isi dunia ini.
Rindu yang menyapa dibuang jauh. Diingatkan semula siapa yang di berada hadapannya. Kematian ibu bapanya kembali terngiang. Dan lelaki di hadapannya ialah pembunuh ibu bapanya.
Dia adalah dari keturunan Vampire, di mana merupakan musuh berabad manusia. Sanggup membunuh manusia yang tidak bersalah demi kepentingan mereka sendiri. Berapa banyak manusia yang tidak berdoa terpaksa dijadikan makanan untuk mereka?  Berapa banyak tumpahan darah yang sentiasa mengalir di kerajaan Venanela?
"Apa hajat kau ke mari? " soal Ez bersama sisa amarah.
Putera Daniel tersenyum sinis. "Ketika perjalanan aku ke singgah istanamu, aku bertemu dengan seorang budak persis seperti diri aku." Ez sudah terbuntang matanya. Rahsia yang cuba dia sembunyikan dari pengetahuan Daniel, adakah telah terbongkar?
Pisau yang terselit di pinggangnya terus ditarik keluar. Leher Daniel hanya seinci sahaja dari mata pisau itu. "Kau sentuh dia,nyawa kau aku pertaruhkan" tegas Ez memberi ugutan.
Putera Daniel masih mengukir senyuman sinis. Dia langsung tidak berasa gentar dengan ugutan isterinya, Ez. Mata dipejamkan dan sesaat dirinya hilang.
Ez termangu. Dia memandang ke atas apabil telinganya mengesan pergerakan sayap. Dia merengus geram. Bagaimana dia boleh terlupa suaminya adalah keturunan vampire sudah pasti suaminya mampu bertukar menjadi seekor kelawar.
"Hajat aku ke mari adalah aku ingin mengambil semula apa yang merupakan milik aku."  Putera Daniel berdiri terbalik, kakinya bagai digam di atas syiling. Sengaja mahu menyakitkan isterinya tercinta.
Ez makin berubah bengis. Pisau terus dibaling ke arah Daniel namun dengan pantas Daniel mengelak. "Langkah mayat aku dahulu sebelum kau ambil anak aku. "
Putera Daniel berjalan secara terbalik. "Kenapa mesti aku kena minta izin dari kau sedangkan itu adalah anak aku?"
"Kau jangan nak soalkan itu anak kau sedangkan kau tak pernah jalankan tangggunhjawab kau sebagai ayah dia!!" jerkah Ez. Dadanya turun naik menahan marah.
"Bonda!! " Ez terkaku. Suara Diana, anaknya. Tanpa menghiraukan Putera Daniel, Ez terus berlari keluar.
"Diana!!!! " jerit Ez. Anaknya dibawa pergi oleh dua orang suruhan Putera Daniel, turut merupakan vampire. Anak gadisnya sudah semakin tinggi di langit biru.
Panah ditarik keluar. Busur ditarik rapat ke pipi. Target dikunci. Panah dilepaskan. Namun semua panah tersasar jauh. Ez terduduk lemah. Matanya merenung sayu pemergian anak gadisnya.
Rumput dicengkam erat. Mata mula memaparkan api kebencian.  "Aku akan himpun segenap warga Venanela pergi ke duniamu.  Bersembunyilah selagi mampu kerana aku akan bunuh setiap nyawa turunan vampire."
o==[]::::::::::::::::>
Imbas kembali,
"Hari ini kita akan berperang hingga ke titisan darah terakhir. Nyawa dibayar dengan nyawa. Kita akan tuntut semula kematian Adam!! " bergema suara Tuanku Emir Shah di perhimpunan.
"Hidup Venanela!! "
Rakyat Venanela yang sukarela  tampil menawarkan tenaga mereka. Berita kematian Adam, ketua tentera amat memilukan warga rakyat jelata. Kematiannya yang sangat memalukan dan serta tanda gigitan vampire perlu dituntut.
"Kita gerak sekarang!! "
Para tentera berkuda serta penduduk yang sukarelawan mula mengorak langkah ke dunia vampire sebalik hutan-hutan tebal. Jauh beribu batu  dari dunia manusia.
Sementara itu, di kamar beradu si puteri, bergema jeritan memohon pertolongan. "Ayahanda!!! Lepaskan Ez!! " pintu diketuk bertalu-talu agar sesiapa di luar sana dapat mendengar.
"Ayahanda tolonglah dengar!!!  Itu semua adalah fitnah. Adam mati oleh Sirius kerana ingin membalahkan antara manusia dan vampire!!  Ayahanda!!" ketukan Ez terhenti bila pintu dikuak dari luar.
"Bonda!! " tubuh Bondanya didakap erat. Syukur.
"Pergi. Jangan biarkan sejarah dahulu berulang kembali. Cukuplah berabad lamanya kita bermusuhan." arah Permaisuri Ayu.  Ez mengangguk kepalanya. Anak panah dan busur miliknya dicapai. Dia menunggang kuda lalu memecut menredah ke dalam hutan belantara. Dia perlu cepat tiba disana untuk menghalang pertumpahan dari berlaku.
Sampai sahaja di gua iaitu istana vampire, Ez terkaku di tempatnya. Suaminya sedang menyedut darah di leher ayahandanya. Dan sejak itu, Ez bersumpah manusia dan vampire selamanya menjadi musuh.
Imbas tamat.
Di tempat yang sama, Ez menuntut janjinya persis ayahandanya ketika dahulu. "Keluar kau,Putera Daniel!! Pulangkan semula anak aku!! " tempik Ez. Bergema suaranya di gua itu.
Putera Daniel keluar bersama pegawainya. Diana turut dibawa keluar namun dipegang kemas oleh Sirius.
"Datang juga permaisuri hatiku" Ez menjulingkan matanya memdengar ayat Putera Daniel. Mata tertumpu pada wajah sinis Sirius.
Ez mengertap rahangnya. Sudah disangka siapa yang akan membocorkan rahsia tentang kewujudan anaknya kepada suaminya.
Diana menangkap kelibat bondanya terus meronta melepaskan diri. Ditendangnya Sirius dibelakang. Sirius yang mula hilang sabar terus menampar kuat pipi anak kecil itu.
Ez mengeluarkan pedangnya. Panas hatinya apaabila anaknya diperlakukan sedemikian. "Kau sentuh anak aku lagi, nyawa kau akan ada kat tangan aku " tegas Ez menutur katanya. Pedang diacukan kepada Sirius.
"Lepaskan pedang kau, Ez." arah Putera Daniel tegas. Ez tidak endahkan arahan Daniel malah makin merapatkan pedang dengan leher Sirius.
"Kau bunuh dia, perang berlaku. Bukan ke kau sendiri yang tak nak pertumpahan darah berlaku lagi? "soal Putera Daniel. Ez mengigit bibirnya. Memori dahulu kembali terpapar.
Pedang beralih arah. Kini leher Daniel menjadi sasaran. "Kau yang musnahkan janji tu!  Kau bunuh ayahanda aku!!  Kau yang mulakan peperangan tu Daniel!! " jerkah Ez.
Vampire lain mula bertindak apabila ketua mereka berada di dalam bahaya. Dengan sekelip mata, Ez berada di bawah pegangan mereka.
Dan serentak dengan itu, peperangan berlaku. Pedang dihayun ke sana sini membunuh si musuh. Tubuh manusia mahupun vampire bertaburan. Darah mengalir di setiap sudut.
"Bonda!! " Diana menjerit apabila bondanya dipukul oleh lelaki pelik. Jeritannya makin bertambah apabila ada lelaki menjuruskan pedang ke arah bondanya.
"Bonda!! " Diana mengigit tangan Sirius Menyerigai Sirius kesakitan lalu melepaskan pegangannya. Diana terus berlari ke arah bondanya .
"Diana!! " Putera Daniel ingin menghalang anaknya namun sudah terlambat apabila tusukan pedang selamat menembusi tubuh anak gadis itu.
"Yana, anak bonda! "tubuh kecil itu dipeluk.Hembusan anaknya semakin perlahan dan seakan dia menarik nafas panjang sebelum jantungnya berhenti berdegup. Jeritan Ez kembali mengema.
Pisau yang masih mengalir darah Diana digapai sebelum pelukan anaknya dilepaskan. Baru dia ingin menapak ke arah pembunuh anaknya, matanya menangkap figura suaminya. Kematian ayahandanya kembali terngiang.
Darah bersatu amarah, tanpa diduga terpesong arah. Pisau terbenam jauh ke dada Putera Daniel. "Aku sudah cakap. Kau sentuh anak aku, nyawa kau aku pertaruhkan" Ez sudah tidak mampu berfikir. Rasa dendamnya terhadap Vampire makin membuak. Anak yang dia kandung selama ini ,dibunuh sendiri oleh ayahnya sendiri.
Suasana bertukar hening.
Putera Daniel terjelepok jatuh. "Maafkan aku. Maafkan aku atas apa yang aku lakukan. " Tumpasnya Putera Vampire, semua vampire bertukar kelawar menuju ke arah Ez untuk menuntut kematiaan ketua mereka.
Ez membuka langkah sedia. Panah dari sarungnya ditarik keluar. Beberapa panah dilepaskan mengenai sasaran. Mana-mana kelawar yang terkena anak panahnya jatuh ke bawah. Berteraburan bangkai-bangkai kelawar di merata-rata.
"Hidup Puteri Eyzie!! " bertempik rakyat Venanela berlaung menandakan kerajaan Vampire berjaya ditewaskan.
Baru Ez ingin mendekati  suaminya dan anaknya, dirinya terjelepuk jatuh. Darah terpacul keluar dari mulutnya. Perlahan kepalanya menoleh ke belakang.
Sirius menjatuhkan pedangnya yang tercalit dari Ez. . "Maafkan aku. Aku takkan biarkan kau menghalang aku dari meneruskan legasi Vampire. Tidak sedarkah kau yang manusia adalah satu cara untuk kami terus hidup! "
"Dengan menjadi manusia sebagai makanan kau?! " bidas Ez . Darah menghambur keluar dari dadanya.
Wajah suaminya direnung sayu. "Kami berdua sedaya upaya mengamankan kedua-dua dunia ni tapi kau!!  Kau yang hancurkan semuanya!! " Perit apabila dikenangkan semula kejadian yang terjadi dahulu.
Mereka berdua berkhawin tanpa restu keluarga. Namun hati budi yang ditunjukkan memadamkan dendam yang tersimpan hati yang lain. Semuanya baik-baik sahaja. Mereka sangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah harini.
"Kau biarkan ego dan dendam menguasai diri. Kau sebarkan fitnah pada kerajaan Venanela. Kau biarkan kami semua berperang sesama sendiri. Biarkan darah yang tidak berdosa mengalir di bumi ini." jerkah Ez. Air matanya mengalir perlahan.
"Anak aku dengan Daniel adalah bukti bahawa manusia dan vampire dapat hidup bersama. Tanpa peperangan. Tanpa tumpahan darah. " bergema suara Ez di gua tersebut. Manusia dan vampire hanya tertunduk memandang lantai. Kesal atas sikap mereka semua selama ini.
Ez tersenyum. Wajah suaminya dan anaknya terukir di benaknya. Mulutnya bergetar untuk bersuara namun cuba dikuatkan hatinya. "Aku bersumpah atas Kerajaan Venanela.  Mana-mana darah keturunan Vampire yang mengalir dalam tubuh keturunan aku, keturunan Vampire akan menderita sehingga tujuh keturunanmu berakhir. "  Tubuh Ez melorot jatuh ke tanah. Darah membasahi dunia vampire. Akhirnya dia terjerat di sini.
Saat itu, petir kian menyambar sesama sendiri di luar sana. Bulan purnama menampilkan dirinya. Dan sumpahan itu kekal sehingga darah Puteri Eyzie mengalir dalam keturunan Vampire.
Darah bersatu amarah, 
Tanpa diduga terpesong arah. 
Cinta yang dihulurkan dibalas sampah, 
Dendam mengantikan kasih,
Dan termentarai satu sumpah.
Dari kertas, 
Aku goreskan dengan pena, 
Aku lukiskan dengan aksara, 
Aku warnai dengan rasa, 
Aku sulami dengan jiwa, 
Terbentuklah satu cerita.
Jari disusun, 
Maaf dipohon, 
Atas kesalahan dan kesilapan, 
Dari penulis dunia penulisan.


Comments

Galaksi

Puisi 'Penulis'